Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Amin Nordin Abd Aziz berkata DBKL kini terpaksa mengambil langkah drastik dengan mempertingkatkan lagi usaha pengutipan cukai di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur itu.
Mohamad amin berkata, langkah tersebut terpaksa diambil bagi menampung kekurangan peruntukkan kerajaan Persekutuan disamping mencari punca hasil baru.
"Peruntukan oleh kerjaan Persekutuan yang disalurkan kepada DBKL sejak lima tahun terakhir ini telah menurun dengan mendadak dan dengan itu DBKL tidak lagi dapat bergantung kepada kerajaan persekutuan dalam projek-projek yang dilaksanakan dan terpaksa bergantung kepada sumber pendapat sendiri.
"Oleh itu DBKL perlu mempergiatkan lagi usaha pengutipan cukai pintu, sewaan, caj pembangunan dan disamping itu mencari punca hasil baru bagi menambah pendapatan bagi menampung kekurangan peruntukan daripada kerajaan," kata Mohamad Amin.
Mohamad Amin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Majlis Dialog Bajet DBKL 2017 bersama ahli Parlimen dan pemimpin masyarakat di Institut Latihan DBKL, Kuala Lumpur.
"Selalu DBKL dapat sekurang-kurangnya setengan bilion, sekarang RM20 juta ke RM40 juta sahaja. Kurang banyaklah
"Kos penyelenggaran semua kita kena tanggung sebab peruntukkan yang diberikan tidak cukup tapi bukan sahaja DBKL, kementerian lain juga berkemungkinan mengalami nasib yang sama dan begitu juga dengan kerajaan negeri," kata Mohamad Amin.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment