Write For Us

Dedah 1MDB: Pembekal maklumat terima hadiah RM8.2 juta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Pengerusi The Edge Media Group Datuk Tan Kooi Ong dilaporkan memberi hadiah sebanyak RM8.2 juta kepada bekas eksekutif PetroSaudi Xavier Andre Justo atas bantuannya dalam mendedahkan dakwaan salah laku dalam 1MDB.
Menurut laporan The Edge Markets, Tong berkata ia sebagai penghargaan atas "sumbangannya kepada Malaysia dengan membantu mendedahkan kleptokrasi kerajaan dulu".
Tong turut dipetik sebagai berkata tiada siapa yang perlu melalui apa yang dilalui Justo kerana membantu mendedahkan kebenaran.
Sebelum ini Justo mendakwa telah diancam ketika dipenjara dan keluarganya diganggu.
Hukuman itu selepas beliau ditahan di Thailand pada Jun 2015 atas dakwaan mengugut, apabila memberikan maklumat berkaitan urus niaga 1MDB dengan Petrosaudi kepada The Edge dan Sarawak Report.
Beliau dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun tetapi dibebaskan selepas 18 bulan selepas diberi pengampunan diraja oleh Raja Maha Vajiralongkorn dari Thailand.
Tong berkata Justo telah mengesahkan kepadanya bahawa tuduhan beliau mencuri maklumat sebagai tidak benar.
Sementara itu, Justo yang hadir ke pejabat The Edge Media Group bersama-sama isteri dan anak lelakinya, mengucapkan terima kasih kepada Tong atas hadiah itu.
Pada 2016, Justo memfailkan saman terhadap Tong dan dua pihak lagi di Mahkamah Tinggi Singapura, dan mendakwa dia tidak pernah menerima AS2 juta yang dijanjikan Tong, sebagai balasan terhadap data yang diserahkannya.
Dalam saman itu, Justo menuntut data itu dipulangkan dan salinannya dimusnahkan.
Tong menafikan dakwaan Justo dan berkata beliau tidak berhak terhadap data itu kerana "dilaporkan secara meluas mengaku telah mencurinya daripada Petrosaudi".
Tong juga menafikan telah menawar pembayaran agar Justo menyerahkan data tersebut.
Difahamkan saman itu akhirnya diselesaikan di luar mahkamah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment