Write For Us

'Dedikasi untuk hargai barisan hadapan' - Chow lancar jersi Penang FC

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Pasukan Bola Sepak Penang FC (PFC) bakal menggunakan jersi jenama PUMA yang ditaja oleh Syarikat Active Sports Sdn. Bhd.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri pada sidang media pelancaran jersi rasmi PFC bagi perlawanan gelanggang sendiri (home), gelanggang lawan (away) dan jersi ketiga dalam satu sidang media di Komtar, semalam.

Pada majlis berkaitan juga, PFC memperkenalkan jersi biru tua bagi bermain di gelanggang sendiri, gelanggang lawan (putih) dan jersi ketiga (kuning).

Lebih bermakna, jersi kuning turut memaparkan ucapan ‘Thank You Frontliners’ sebagai menghargai komitmen barisan hadapan dalam usaha melawan pandemik COVID-19.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=202484288295644&_rdc=2&_rdr
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment