Write For Us

Delina | Episod 3

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Tonton episod penuh di :
Taukeh chai dan gang dia berjaya menangkap Farid. Taukeh Chai beritahu Farid yang dia kagum dengan Delina. Dia boleh dapat hasil yang banyak dengan Delina. Tasha dan Mia pun gembira tapi mereka ditangkap oleh orang-orang Taukeh Chai. Tasha ingat mereka sudah ada perjanjian. Taukeh Chai keluarkan sempoa dia. “Tolak duit minyak… Tolak OT… Sewa gudang….” “Aku takde hutang apa-apa…”. Tasha marah dan menampar Taukeh Chai. Taukeh Chai marah dan mahu membunuh Tasha tetapi Delina menyampuk. Dia sanggup buat apa sahaja kalau Taukeh Chai lepaskan Tasha dan kawan-kawan dia. Tasha terkejut kerana Delina sanggup berbuat begitu. Taukeh Chai gelakkan dia dan beritahu Delina tetap akan membuat apa sahaja yang dia pinta atau dia bunuh kawan-kawan dia! Delina melihat keliling dan nampak selumbar kayu. Dia ambil selumbar itu dan letak di leher dia. Kalau Taukeh Chai tak lepaskan mereka, dia akan bunuh diri dia. Kalau dia mati, Taukeh Chai takkan dapat apa-apa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment