Seorang nelayan dari Tanjong Tokong mencadangkan calon pilihan raya umum (PRU) ke-14 menggantikan tempatnya untuk sehari jika mahu memahami kepayahan hidup yang dilalui orang sepertinya.
"Saya berterima kasih kerana begitu ramai calon PRU di sini hari ini tapi cuba jadi nelayan untuk sehari.
"Anda akan kasihankan tengok ikan (yang sikit)," kata Roland Tan dalam sidang media yang diadakan nelayan Tanjong Tokong, Paramount dan Gurney Drive.
Antara yang hadir program melibatkan nelayan itu adalah calon Parti Bersama Malaysia Pulau Tikus, Johnny Wee Kean Wai dan calon BN Jason Loo, calon BN Tanjong Bunga Teng Chang Yeow dan calon BN Bukit Bendera Andy Yong.
"Ketua menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng kata kita lain, kita miskin tapi bila kita pergi jumpa mereka, mereka buat pertunjukan silap mata.
"Semuanya politik dan kami juga perlu belajar main politik," kata Tan yang disambut ketawa hadirin.
Tan juga menggesa pihak berkuasa menyediakan pampasan yang cukup kepada golongan nelayan yang terjejas akibat projek tebus guna tanah.
"Kita minta RM200,000 supaya kita boleh beli bot baru atau baiki enjib. Anda ingat kami mahu jadi nelayan seumur hidup? Berikan kami pampasan yang sewajarnya supaya kami dapat hidup selesa," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment