Write For Us

Dewan Negara pecah tradisi: Bakal bahas GST, SST sebelum titah Agong

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Dewan Negara bakal memecah tradisi apabila akan membahaskan rang undang-undang (RUU) kerajaan semasa sidang pertama pada sesi sulungnya hari ini.
RUU berkaitan GST dan SST berada di senarai teratas perbahasan Dewan Negara.
Perbahasan sulung RUU kerajaan berlawanan dengan amalan biasa pembukaan sesi Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong selama beberapa hari ketika awal sidang dewan.
Menurut kalender laman parlimen, para senator akan membahaskan RUU dan urusan kerajaan pada dua hari pertama sidang Dewan Negara yang bakal berlangsung pada 20 dan 27 Ogos ini.
Manakala tarikh 28 Ogos ke 30 Ogos dijadualkan untuk usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong disusuli sesi perbahasan pada 3 September dan jawapan menteri untuk tiga hari berikutnya.
Hari terakhir sidang Dewan Negara pada 12 September pula dijadualkan untuk sekali lagi mempertimbangkan RUU dan urusan kerajaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment