Write For Us

Dewan Undangan Negeri Terengganu bersidang tanpa pembangkang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
20 Views
Published
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke-15 yang bermula di Kuala Terengganu hari ini mencipta sejarah dengan ketiadaan blok pembangkang.

Ia berikutan kemenangan Perikatan Nasional (PN) yang menyapu bersih semua kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos lepas.

Tirai sesi persidangan DUN Terengganu berlangsung dengan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama DUN ke-15 yang menyaksikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan istiadat tersebut.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Speaker DUN Terengganu Mohd Nor Hamzah dan Timbalan Speaker Khazan Che Mat.

Pada PRN Terengganu yang berlangsung 12 Ogos lepas, gabungan PAS dan Bersatu buat julung kalinya memenangi kesemua 32 kerusi yang dipertandingkan.

Ia sekali gus menyaksikan tiada wakil pembangkang dalam DUN bagi penggal kali ini.

- Bernama

Sumber video: https://www.facebook.com/TvDI3/videos/638184775070962
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment