Write For Us

Di sini sokong di sana kerana dijanjikan peruntukan - Shahidan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
7 Views
Published
Shahidan Kassim (PN-Arau) bercadang membuat usul mengenai dakwaan beliau bahawa terdapat usaha untuk menarik ahli parlimen pembangkang untuk menyokong kerajaan kerana dijanjikan peruntukan.

Menurut Shahidan, langkah tersebut merupakan amalan rasuah kerana menggunakan kedudukan kerajaan untuk mengumpan pembangkang memberi sokongan.

Untuk rekod, setakat hari ini empat ahli parlimen bersatu Mohd Azizi Abu Naim (PN-Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) dan Zahari Kechik (PN-Jeli) telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor menyarankan agar Shahidan membuat usul mengenai perkara yang telah beliau bangkitkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sumber video:
https://youtu.be/_x_I2kM1ROc
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment