Write For Us

'Dia orang kata ini kalilah, kita kata tak payahlah' - kata Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
196 Views
Published
Datuk Seri Najib Razak mengingatkan masyarakat Cina di negara ini agar tidak terus-menerus termakan dakyah pakatan pembangkang.
Pengerusi BN itu berkata, mereka perlu meyakini bahawa Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak akan dapat menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Kalau tengok realiti politik hari ini, ada dua parti Melayu utama iaitu Umno dan PAS.
"Pakatan Harapan dan DAP tak dapat sambutan. Lebih baik Cina sedar perkara ini.
"Slogan ini kalilah, lain kalilah, atau tak payahlah," kata Najib ketika berucap di Perhimpunan Patriotik Masyarakat Cina di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.
Slogan "ini kalilah" itu merujuk kepada slogan digunakan pembangkang untuk mendapatkan sokongan pengundi pada PRU lalu.
Pembangkang percaya mereka akan dapat mengatasi penguasaan berterusan BN ke atas negara ini dengan kewujudan HARAPAN serta pola sokongan masyarakat Cina yang tetap menyokong mereka pada PRU ke-14 nanti.
PRU itu perlu diadakan selewat-lewatnya Ogos tahun depan, namum penganalisis yakin perdana menteri akan mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya parlimen dibubarkan lebih awal.
Ia boleh berlaku seawal hujung tahun ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment