Write For Us

'Dia tak boleh buat macam itu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri kedua yang tidak bersetuju dengan kenyataan Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi disebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan prestasi menteri-menteri Kabinet.
Terdahulu Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali turut menyangkal dakwaan Kadir dengan berkata penubuhan majlis itu, yang terdiri daripada individu yang mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing serta reputasi yang baik dalam masyarakat, diperlukan untuk memberi input yang berguna kepada kerajaan.
Kadir Jasin menulis dalam blog beliau, The Scribe, bahawa penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi oleh Dr Mahathir mempunyai maksud tersirat apabila Perdana Menteri merasakan Kabinet tidak memadai untuk menangani isu-isu ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat.
Pejabat Perdana Menteri semalam mengumumkan penubuhan majlis itu yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.
Matlamat utama majlis yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Antara tokoh yang menganggotai majlis itu ialah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram dan tokoh perbankan, Tan Sri Tay Ah Lek.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment