Write For Us

Diejek tua oleh Najib, Dr M 'sanggah' di atas jalan raya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Dipersenda kerana dipertaruhkan sebagai calon perdana menteri ketujuh Malaysia ketika usianya bakal mencecah 93 tahun tidak lama lagi, hari ini Tun Dr Mahathir mempamerkan kemampuannya memandu dalam cuaca buruk.
Satu klip video pendek dimuat naik di media sosial petang itu menunjukkan pengerusi Pakatan Harapan itu memandu semasa hujan lebat dan petir.
Berdasarkan video itu Dr Mahathir dipercayai memandu sebuah kereta Porsche.
Ia dimuat naik bekas wartawan kanan dan penulis blog Firdaus Abdullah.
Kata-kata sinis mengenai umur Mhathir pernah diucapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang menganggap masa depan negara tidak wajar diletakkan pada tangan seorang pemimpin yang lanjut usia.
"Ada tak (negara yang pilih orang lanjut usia sebagai ketua kerajaan)? Tak ada... takkan kita nak jadi yang pertama di dunia (lantik orang berusia 93 tahun jadi ketua kerajaan)... kita ada pilihan.
"Kita fikir masa depan Malaysia, masa depan Malaysia bukan di tangan orang yang berusia 93 tahun tetapi masa depan Malaysia adalah di tangan kerajaan yang ada pada hari ini, insya-Allah," katanya dipetik BH pada 15 Mac lalu.
Dr Mahathir akan berusia 93 tahun pada Julai ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment