Write For Us

Digelar gila kerana bermurah hati, ini kata Abang Kentang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
208 Views
Published
Di gelar Hero Malaya, lelaki ini dikenali bukan kerana dia seorang peragawan yang beraksi di depan lensa kamera, namun sifat kemanusiaan yang dipaparkan oleh insan berhati mulia ini amat dikagumi oleh semua orang yang mengenalinya.
Kuan Chee Heng, atau terkenal sebagai Abang Kentang merupakan seorang bekas anggota polis kini menjadi sukarelawan sepenuh masa di Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia. Bahkan beliau juga presiden bagi persatuan tersebut.
Kisah Abang Kentang tidak asing lagi di kalangan komuniti sukarelawan di seluruh negara. Kuan dikenali kerana beliau pernah menyediakan perkhidmatan ambulans kepada golongan miskin dengan bayaran sebanyak 10 sen sahaja bagi bantuan kecemasan untuk mengurangkan beban kos sara hidup golongan terbabit.
Baru-baru ini, Kuan melancarkan Rumah RM1 satu malam yang terletak di Taman Puchong Utama. Rumah berkenaan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk waris kepada pesakit yang datang menemari saudara-mara mereka di hospital.
Layari video penuh bersama wartawan KiniTV dan laporan Malaysiakini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment