Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan dengan lebih lanjut mengapa beliau masih tidak mempercayai penjelasan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai 1MDB di dewan rakyat sebentar tadi.
Menurut Ahmad Maslan, Guan Eng sengaja menjelaskan hutang 1MDB secara keseluruhan termasuk interest sebanyak RM 50.9 bilion berbanding hutang 'principle' sebanyak RM31 bilion.
Jelas Ahmad Maslan lagi, berdasarkan prinsip perakaunan ia perlu disebut sebagai hanya hutang semasa.
Bekas timbalan menteri kewangan itu juga tidak berpuas hati dengan jawapan Guan Eng apabila diminta menyenaraikan aset 1MDB bukan secara keseluruhan walhal menurut Ahmad Maslan aset 1MDB masih banyak tidak disebutkan.
Terdahulu ketika menggulung perbahasan belanjawan Kementerian Kewangan pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini Guan Eng secara sinis melahirkan rasa ‘kagum’ dengan Ahmad Maslan yang terus mempertahankan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment