Write For Us

Dikecam netizen, 'rider muslimah' tetap teruskan aksi di litar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
230 Views
Published
Walaupun bertudung, ia bukanlah penghalang bagi Siti Fatimah Husna Muslim untuk berentap bersama pelumba lelaki di litar perlumbaan.
Tahun lalu, gadis berusia 25 tahun itu berjaya menewaskan 10 pelumba lelaki dan muncul tempat pertama dalam kategori Kejohanan Supermoto Malaysia CKD.
Sebelum ini gambar Siti Fatimah bertudung litup telah viral di sosial media dan mengakibatkan beliau lebih dikenali sebagai ‘rider muslimah’.
Fatimah juga menjadi bualan Netizen gara-gara penampilannya di litar dikatakan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.
Namun bagi pelumba muslimah ini, beliau tidak mengendahkan apa yang dikatakan kerana tahu apa yang dilakukannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment