Write For Us

Dipecat! 16 ahli Umno mohon pembubaran parti dipecat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
164 Views
Published
Umno hari ini bertindak memecat serta-merta semua 16 anggota parti dari lima negeri yang menfailkan semakan kehakiman bagi pembubaran Umno di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam susulan kegagalan mengadakan pemilihan parti di semua peringkat.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pemecatan itu berkuatkuasa hari ini dan selaras dengan Fasal 20.7 Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana ahli yang memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah akan secara automatik hilang keahlian.
Memetik laporan portal Utusan online, Tengku Adnan berkata pemecatan itu juga mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan iaitu tidak membenarkan apa jua perkara parti sama ada hal ehwal pengurusan, kewangan dan yang berkaitan dengan pentadbiran parti dibawa ke mahkamah.
Tambah Tengku Adnan lagi, BN sudah mengenal pasti siapa dalang perkara itu dan telah bersedia untuk apa jua kemungkinan dan menurut Tengku Adnan, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak juga boleh menandatangani watikah untuk calon.
Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakli semua 16 anggota Umno itu semalam berkata, susulan pemfailan mahkamah berhubung kesahihan Umno - Pengerusi BN dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak - tidak dapat menandatangani watikah calon Umno dan BN untuk PRU ke-14.
Menurutnya, Majlis Tertinggi dan bahagian Umno terbatal bermula semalam, manakala cawangan Umno terbatal sejak 1 Mac lalu.
Semalam, Malaysiakini melaporkan anggota bahagian Umno memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membenarkan Umno lanjutan masa untuk mengadakan pemilihan parti di semua peringkat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment