Write For Us

Dipercayai halang laluan, kereta kena conteng

Sponsored Post advertising Canada Persia
128 Views
Published
Gambar sebuah kenderaan SUV putih penuh dengan contengan berwarna merah menjadi tular di laman sosial semalam.
Netizen mendakwa kereta tersebut diconteng kerana menghalang kenderaan lain untuk keluar, di sebuah hospital di Sabah.
Antara tulisan-tulisan yang jelas kelihatan adalah:
"I Love You", "I Love You, You Love Me, We Are Happy Family", One Piece berserta logo, Tiada Hadiah, dan juga gambar dua orang lidi sedang bercinta.
Pihak polis mengesahkan belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, ekoran isu viral tersebut pihaknya menjalankan pemantauan di kawasan sekitar hospital terbabit.
Namun, pihak polis masih belum menerima sebarang laporan daripada pemilik kenderaan terbabit.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment