Write For Us

Dipukul dengan rotan, polis buru suspek

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Satu rakaman tular di media sosial memaparkan seorang warga emas dipukul jirannya dalam satu insiden perselisihan faham di rumah mangsa di Jalan Jarak, Klang pada Rabu lalu.
Warga emas berusia 52 tahun itu cedera di beberapa anggota badan akibat dipukul dengan rotan bersaiz besar sebanyak 10 kali oleh jirannya.
Difahamkan, mangsa dirawat di hospital kerana cedera di bahu, paha, punggung dan betis.
Menerusi video itu, mangsa dimaki dan dipukul seorang lelaki sambil disaksikan seorang kanak-kanak dan wanita yang menangis teresak-esak.
Harian Metro melaporkan sumber berkata kejadian itu berlaku selepas mangsa dipercayai memarahi seorang lelaki berusia 60 tahun di hadapan rumah itu ketika dia bertengkar dengan isterinya pada 3.15 petang.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara Senior Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih dijalankan termasuk mengesan suspek berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan cedera menggunakan barang berbahaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment