Write For Us

'Diserang' parti lama, Mahfuz senyum sambil baca akhbar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendedahkan bahawa beliau mengambil maklum sebarang kritikan dan 'serangan' ke atasnya selepas beliau keluar daripada Pas.
Memetik laporan Sinar Online, ini termasuklah kenyataan daripada pemimpin Pas yang meminta agar beliau melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena.
Mahfuz berkata beliau hanya mampu senyum sahaja apabila membaca surat khabar setiap hari tatkala mengetahui mengenai perkhabaran tersebut.
Dalam pada itu, mengulangi kenyataan beliau semalam, Mahfuz berkata beliau akan mengulas semua isu berkaitan pengundurannya daripada Pas dalam masa lima hari daripada sekarang.
Semalam Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam sebuah laporan di portal online menyarankan agar Mahfuz melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen selepas menghantar surat pemberhentian menjadi ahli Pas kelmarin kerana dibimbangi pendapatannya sebagai wakil rakyat adalah haram.
Takiyuddin berkata, ini memandangkan bekas Naib Presiden Pas itu masih terikat dengan baiah atau lafaz sumpah sebagai calon Pas.
Malah menurutnya, jika Mahfuz melanggar baiah itu, beliau juga berdepan laknat ALLAH SWT dan seluruh umat Islam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment