Write For Us

'Ditumbuk, dipaksa makan cili padi'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
165 Views
Published
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka Ramlan Meon mendakwa dirinya dipukul dan dipaksa memakan cili padi serta diugut oleh beberapa penyokong Umno dan anggota pihak berkuasa tempatan.
Dalam laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian itu, Ramlan mendakwa seorang kenalannya, yang adalah anggota Umno, memberitahunya untuk berjumpa pada 10 Julai lalu berhubung pertikaian mereka mengenai penggantungan bendera parti sebelum ini.
"Setibanya saya di restoran tersebut sekitar jam 8.40 malam, tiba-tiba saya melihat belasan sekumpulan lelaki... sudah bersiap sedia menunggu saya.
"Saya ditumbuk beberapa kali di bahagian muka oleh (nama seorang lelaki) menggunakan alatan yang tidak dikenali dan kepala saya ditepuk beberapa kali...
"Saya dipaksa memakan segengam cili padi oleh (nama seorang lelaki) dan beberapa orang di kalangan mereka. Saya juga telah diugut untuk ditikam menggunakan pisau...," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 11 Julai, yang dilihat oleh Malaysiakini.
Ramlan membuat laporan polis pada 11 Julai lalu.
Malaysiakini menghubungi telah Umno Melaka untuk mendapatkan ulasan mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment