Write For Us

'Doa agar kerajaan dengar' - Hamzah sebak lelaki jalan kaki tuntut wang KWSP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
22 Views
Published
Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin menyatakan sokongan pihak pembangkang ke atas tindakan seorang pemandu teksi yang berjalan kaki dari Johor Bharu ke Istana Negara bagi menuntut pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam satu rakaman telefon bersama Noorazlan Ismail, 49, semalam, ahli Parlimen Larut itu turut menyatakan rasa sebaknya serta mengarahkan Adun Bemban Dr Mohd Yaazil Yaakub untuk merawat kecederaan kaki yang dialami lelaki tersebut sewaktu di Ayer Keroh, Melaka.

Terdahulu Noorazlan membuat keputusan nekad untuk berjalan kaki dari Skudai, Johor Bahru ke Istana Negara sejak 29 Mac lalu, dalam usaha menggesa kerajaan untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP bagi menyara lima anaknya yang masih menuntut.

Sumber video: https://www.tiktok.com/@noorazlanismail8
https://www.facebook.com/hamzahzainudinofficial/videos/1870399286674405
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment