Write For Us

Doakan Abdul Hadi, kata Tuan Ibrahim

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
148 Views
Published
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam keadaan baik dan ceria.
Tuan Ibrahim ditemui selepas sidang media di pejabat PAS Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengajak ahli dan penyokong parti itu supaya berdoa dan menunaikan solat hajat agar Abdul Hadi selamat menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di ibu negara, bermula esok.
Ahmad Samsuri, yang mengesahkan berita itu, meminta semua pihak tidak menziarahi Abdul Hadi ketika ini supaya beliau mendapat ruang rehat secukupnya.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan jenis sakit yang dialami oleh pemimpin berusia 69 tahun itu dan di hospital mana rawatan akan dijalankan.
Ahmad Samsuri juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana memberi ruang rehat secukupnya kepada Abdul Hadi yang juga adalah ahli parlimen Marang dan berkata parti itu akan mengeluarkan maklumat dari semasa ke semasa.
Oktober tahun lalu, Abdul Hadi dimasukkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi rawatan susulan biasa dan dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.
Beliau turut dimasukkan ke IJN pada Januari tahun lalu dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempat menziarahinya.
Pada bulan Jun 2014, Najib juga meluangkan masa untuk melawat Hadi di IJN selepas beliau pulang dari Turki.
Hadi sebelum ini, dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turki selama sebulan kerana mempunyai masalah jantung.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment