Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi dan Ketua Operasi unit itu, Ali Salimin dibawa ke Mahkamah Kajang untuk didakwa melakukan perbuatan khianat dan menceroboh premis kedai pajak kereta Julai lalu.
Mereka berdua dibawa masuk ke dalam bilik perbicaraan Kompleks Mahkamah Kajang pada 10 pagi tadi.
Turut dilihat sekumpulan aktivis PPIM, sukarelawan UTK dan penyokong yang hadir berada di luar bilik perbicaraan bagi menunggu sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Sementara itu Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim berkata pihak PPIM juga akan membuat proses mediasi (rundingan) supaya dapat mengurangkan kadar jaminan.
"Kita minta rakyat Malaysia mendoakan Yusuf Azmi dan Ali mendapat jaminan yang berpatutan," katanya.
Tambahnya, Yusuf dan Abg Ali akan dituduh mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 447 kanun keseksaan.
- Yusuf PPIM, Abg Ali serah diri di IPD Kajang
Terdahulu, Yusuf dan Abg Ali hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu siasatan pada 8 pagi tadi.
Pada 10 Julai lepas, kira-kira 30 pemilik kereta dengan beberapa aktivis PPIM didakwa memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat itu dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga berlaku kekecohan.
Susulan itu, seorang pengurus eksekutif syarikat terbabit turut membuat laporan polis pada hari sama.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment