Write For Us

Doan dibebaskan 3 Mei

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
66 Views
Published
Doan Thi Huong, 30, tertuduh dalam kes bunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, akan dibebaskan pada 3 Mei ini selepas tempoh penjara tamat.
Memetik Bernama, Salim Bashir, peguam yang mewakili tertuduh, berkata, pihaknya difahamkan beberapa hari lalu oleh pihak kedutaan (Vietnam) bahawa tertuduh, seorang warga Vietnam, akan dibebaskan pada tarikh tersebut.
Pada 1 April lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun empat bulan ke atas Doan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol menggunakan racun VX, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dua tahun lepas.
Pada 11 Mac pula, mahkamah sama melepaskan tanpa membebaskan Siti Aisyah, seorang warga Indonesia, iaitu seorang lagi tertuduh kes bunuh Kim Jong-nam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment