Write For Us

Dr Dzul: 'Pulang gaji 4 bulan bukan isu, isunya maruah menteri'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Dr Dzulkefly Ahmad berkata isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan Covid-19 oleh seorang menteri melibatkan perkara yang lebih besar, iaitu “maruah”.

“Jika di New Zealand, menteri sudah letak jawatan. Dan ini sudah jadi perhatian rakyat, bukan di PH (saja).

"Dan rakyat rasa berat sebelah menteri hanya kena (denda) RM1,000.

"Pulang gaji 4 bulan, itu bukan isunya. Soalnya adalah maruah seorang menteri dengan secara sedar langgar SOP KKM," kata bekas menteri kesihatan itu dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Pemimpin kanan Amanah itu berkata demikian ketika ditanya berkaitan tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalani arahan kuarantin selepas pulang daripada luar negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment