Write For Us

Dr M bertanding di Parlimen Ahmad Maslan?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
167 Views
Published
Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau boleh bertanding di banyak kawasan Parlimen turut mengundang reaksi dari Bersatu Bahagian Pontian
Memetik laporan Sinar Online, Pengerusi Bersatu Parlimen Pontian, Zulkifli Tasrep berkata apa sahaja yang keluar dari mulut bekas perdana menteri itu tidak boleh diperlekeh kerana beliau mempunyai fikiran yang cukup tajam dalam dunia politik.
Menurut Zulkifli lagi kepimpinan Harapan di peringkat Pontian amat mengalu-alukan kehadiran Tun M untuk bertanding di sini.
Walaupun ia hanya andaian di media sosial, Zulkifli berkata Pakatan Harapan bahagian gembira kerana Parlimen Pontian dikatakan sebagai antara kerusi berkemungkinan pilihan Mahathir.
Zulfkifli merujuk kepada satu gambar yang tular di media sosial yang menyenaraikan dimana kerusi yang bakal ditandingi oleh Mahathir.
Mahathir sebelum ini berkata akan menjelma di banyak kawasan termasuk Putrajaya dan Pekan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment