Write For Us

Dr M cabar Tengku Zafrul dedah senarai penuh projek rundingan terus PH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
68 Views
Published
Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk menerbitkan senarai penuh 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang didakwa diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan ketika mentadbir selama 22 bulan.

Bekas perdana menteri meminta Zafrul menyiarkan senarai projek termasuk nama-nama mereka yang mendapatkannya.

"Malangnya Tengku Zafrul tidak menyenaraikan secara terperinci projekprojek tersebut.

"Untuk memastikan prinsip ketelusan ataupun “transparency” diamalkan, saya menyeru supaya senarai projek-projek tersebut diumumkan bersama dengan nama mereka-mereka yang dapat kelulusan tidak kira siapa mereka.

Semalam, Tengku Zafrul ketika berucap di parlimen mendakwa bahawa 101 projek bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melalui rundingan langsung di bawah pemerintahan bekas Pakatan Harapan.

Sumber video: https://www.facebook.com/TunDrMahathir/posts/10157653830043652
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment