Write For Us

Dr M jawab isu polis geledah rumah Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak polis mempunyai alasan yang cukup untuk menyerbu rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tengah malam semalam.
Sebaliknya, Mahathir berkata proses yang berakhir pagi tadi, adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard polis.
Di pihaknya, Mahathir berkata beliau tidak ada mahu polis "menyeksakan" mana-mana orang dan bahawa semua kes perlu disiasat mengikut undang-undang.
Mahathir berkata demikian pada sidang akhbar di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai serbuan di rumah Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur yang menerima bidasan pelbagai pihak kerana waktu yang tidak sesuai.
Polis mula menggelidah rumah Najib kira-kira jam 10.15 malam semasa tiba dengan puluhan kereta dan sebuah trak Black Maria, yang sering digunakan untuk mengangkut tahanan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment