Kerajaan akan menjelaskan takrifan mengenai sesuatu perbuatan atau kenyataan yang boleh dianggap menghina sebagai panduan kepada agensi penguatkuasa undang-undang, kata perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas penahanan tiga individu di bawah Akta Hasutan baru-baru ini, Mahathir berkata pihak berkuasa pada masa ini tidak memahami apa yang boleh dianggap sebagai kenyataan atau tindakan menghina.
Mahathir berkata negara hari ini mengamalkan kebebasan bersuara dan seseorang tidak seharusnya dipersalahkan jika mereka bercakap mengenai sesuatu fakta.
Mahathir berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pencegahan rasuah di Putrajaya hari ini.
Beliau menjawab soalan pemberita mengenai penggunaan Akta Hasutan ke atas tiga individu kerana menyiarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Muhammad V di media sosial awal minggu ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment