Write For Us

Dr M nafi jadi PM untuk tiga tahun

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
54 Views
Published
Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebarang perbincangan berkenaan isu peralihan kuasa dalam pertemuan dengan Anwar Ibrahim, semalam.
Perdana Menteri berkata sebaliknya pertemuan dengan Presiden PKR itu hanya membincangkan isu-isu biasa sahaja.
"Kita cuma cakap biasa saja. Tiada apa-apa. Tiada pasal tu (peralihan kuasa)," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Maju Holdings malam tadi.
Dalam temu bual dengan stesen berita CNBC, perdana menteri dipetik berkata kerajaan beliau memerlukan tiga tahun untuk mengurangkan hutang Malaysia daripada 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 54 peratus.
Ketika ditanya pembaca berita CNBC, Tanvir Gill sama ada beliau akan terus memegang jawatan untuk melihat matlamat itu tercapai, Dr Mahathir berkata: “Tidak, saya tidak akan melebihi tiga tahun.”
Ditanya pemberita malam ini mengapa beliau menyatakan tempoh tiga tahun berbanding dua tahun sebelum ini, Dr Mahathir berkata: "Saya tak kata tiga tahun, saya kata saya perlukan tempoh untuk betulkan kerja." - Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment