Write For Us

Dr M 'okey' dengan prestasi Waytha

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran bahawa beliau berpuas hati dengan prestasi P Waythamoorthy sebagai menteri perpaduan.
Beliau juga berkata terpulang kepada dirinya untuk memutuskan sama ada Waythamoorthy akan dipecat atau tidak.
"Orang ramai boleh menyatakan pendapat mereka, tapi terserah kepada saya untuk putuskan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur malam tadi.
Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan prestasi Waythamoorthy sebagai menteri, Mahathir berkata: "Saya okey, saya rasa okey".
Anggota parlimen Langkawi itu berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung memorandum Pemuda Bersatu yang menggesa agar beliau memecat Waythamoorthy.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment