Write For Us

Dr M senyum lebar, Menara KLCC 'hilang'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya tersenyum lebar apabila mengetahui Menara Berkembar Petronas daripada gambar berlatarkan langit di Kuala Lumpur yang dipaparkan dalam manifesto BN telah diedit.
Apabila diberitahu bahawa bayang-bayang menara berkembar berkenaan masih boleh dilihat di permukaan tasik pada gambar yang diubah suai itu, beliau hanya tersenyum.
"Saya tidak fikir mereka sangat pintar," katanya.
"Saya minta mereka supaya tak berdiri dekat air kerana jika kamu padamkan muka kamu, kami masih dapat melihat kamu pada air.
"Tetapi ada banyak perkara lagi. Saya diberitahu bahawa terdapat gambar saya dan (Veteran DAP Lim Kit Siang) dengan roket di tengah-tengah.
"Sudah tentu, ini adalah propaganda," katanya pada sidang akhbar hari ini ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment