Write For Us

Dr M tanya, soal siasat untuk takutkan isteri saya?

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
130 Views
Published
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulas mengenai tindakan Polis menyiasat dan merakamkan kenyataan daripada Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berhubung ucapannya pada himpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’di ibu negara, pada 10 September tahun lalu.
Menerusi sebuah klip video pendek yang dikongsikan di Facebbok, Mahathir juga ingin tahu tujuan Polis menyoal siasat Siti Hasmah adakah ingin menakutkan isterinya itu atau menakutkannya.
"Sementara polis boleh boleh kata ini hak mereka utk ambil statement. Samaada ambil statement, interrogation, soal jawab, sama saja la.
"Bila polis datang kita tau la hati berdebar-debar. saya tidak tau samaada tujuannya ialah untuk menakutkan isteri saya dan menakutkan saya juga, kalau-kalau didapati bersalah akan dikenakan hukum yang berat kpd kami," kata Mahathir.
Polis menyoal siasat Siti Hasmah pada hari Jumaat lepas.
Bagaimanapun polis menerusi satu kenytaaan Bukit Aman berkata mereka tidak menyiasat, sebaliknya hanya mengambil keterangan Siti Hasmah berkenaan penglibatan beliau dalam perhimpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik' September tahun lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment