Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kecewa dengan keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) yang membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019.
"Dia nak batal, batallah. Saya dapati dunia terpaksa ikut (cakap ) Israel, saya tidak faham kerana dunia ada kuasa tetapi masih terpaksa ikut Isreal.. tetapi kita tidak ikut," katanya ketika ditanya sama ada beliau kecewa dengan keputusan IPC.
IPC membuat keputusan itu pada mesyuarat di London semalam selepas Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal memberikan jaminan diperlukan oleh perenang para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskriminasi dan selamat dalam kejohanan.
Malaysia sepatutnya menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos ini.
Dr Mahathir ditemui pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup bersama peneraju badan berkanun sempena Program Eksekutif Pengurusan Tertinggi Badan Berkanun Persekutuan di sini hari ini.
Beliau turut ditanya adakah pembatalan tersebut akan memberi kesan kepada Malaysia sekiranya ingin mengadakan kejohanan Olimpik di negara ini pada masa akan datang.
Dr Mahathir berkata: "Kita tak boleh anjurkan Olimpik, kita boleh anjurkan acara yang lain". - Bernama

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment