Write For Us

Dr M tunjuk penumbuk kepada Anwar, Anwar minta sabar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Dr Mahathir menarik perhatian media semalam apabila melakukan aksi seolah-seolah mahu bertinju dengan Anwar apabila ditanya berkaitan isu lantikan politik.
Sebaik saja beliau menjawab soalan, wartawan bertanyakan pula pandangan Anwar mengenai isu sama.
Presiden PKR itu berkata, pandangannya sama dengan Dr Mahathir.
“Awak nak kami bergaduhkah?” kata Dr Mahathir sambil menggayakan gaya seorang peninju kepada Anwar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH ).
Telatah kedua-dua pemimpin utama itu disambut gelak-tawa oleh semua yang hadir pada sidang media berkenaan.
Hubungan kedua-dua pemimpin berkenaan ketika ini menjadi polemik dalam kalangan ahli parti komponen Pakatan Harapan berikutan isu peralihan kuasa kepemimpinan negara yang dikatakan dijanjikan antara mereka berdua.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment