Write For Us

Dr Mahmud Ahmad dilapor terbunuh di Marawi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Militan kelahiran Malaysia, Dr Mahmud Ahmad, dilapor berkemungkinan besar terbunuh dalam pertempuran tengah malam tadi, yang turut mengorbankan 13 pemberontak.
Memetik Reuters, Timbalan Komander Operasi Tentera Filipina di Marawi, Kolonel Romeo Brawner, berkata siasatan lanjut masih diperlukan termasuk menyoal siasat tebusan dan ujian saintifik, namun pihaknya percaya Mahmud antara yang terbunuh.
Bekas pensyarah universiti itu dipercayai berperanan penting dalam membiayai Marawi yang dikepung sejak hampir lima bulan lalu.
Beberapa pakar berkata, Mahmud disebut-sebut sebagai pengganti Isnilon Hapilon bagi militan Daesh di Asia Tenggara susulan kematian Hapilon, Isnin lalu.
Dalam pada itu, Bukit Aman sedang berhubung dengan pihak keselamatan Filipina bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan militan kelahiran Malaysia itu.
Memetik BH Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya belum dapat mengesahkan laporan terbabit.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment