Write For Us

Dr Maza sokong pendirian Tun M isu ektradisi Zakir Naik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pendirian perdana menteri mengenai status penceramah yang dikehendaki kerajaan India, Zakir Naik, menunjukkan beliau enggan tunduk kepada "kezaliman dan penindasan".
Memuji pendirian kerajaan, Mohd Asri berkata umat Islam dan rakyat yang setia kepada negara ini perlu berdiri di belakang Dr Mahathir Mohamad dalam isu berkenaan.
“Pendirian Mahathir dalam isu ini amat dihormati.
"Ia membuktikan sikap beliau yang tidak tunduk kepada kehendak kezaliman dan penindasan di India," katanya dalam satu hantaran di media sosial pagi ini.
Namun kata Mohd Asri semasa mengendalikan isu penceramah terbabit ada rakyat Malaysia gagal menunjukkan taat setia kepada negara ini.
Zakir Naik ialah rakyat India yang dikehendaki kerajaan negara itu atas dakwaan menaja keganasan serta pengubahan wang haram.
Dia menafikan dakwaan tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment