Write For Us

"Dr Rozaimi sampai pandangan dia dan kita beri pandangan kita," kata Khairudin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
190 Views
Published
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairudin Aman Razali menjelaskan tidak ada masalah yang berlaku dalam pertemuan santai sekumpulan individu dengan kepimpinan PAS kelmarin berhubung Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
Kata Dr Khairudin, pertemuan tersebut dibincangkan dalam suasana yang positif.
Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, kepimpinan PAS iaitu setiausahanya, Datuk Takiyudin Hassan, Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan serta beberapa rakannya yang lain.
Semalam, pensyarah dan pendakwah bebas, Dr Muhamad Rozaimi Ramle sedang mempertimbangkan kemungkinan mendedahkan kandungan audio pertemuan terbabit.
Rozaimi dalam status di Facebooknya berkata, ini kerana apa yang berlaku kelmarin, tidak seperti mana yang didedahkan oleh Pengarah Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS, Wan Rohaimi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment