Write For Us

Dr Wan Azizah: Saifuddin Abdullah Isytihar Keluar Umno & Masuk KEADILAN

Loading...
christmas sale Entertainment MindGames
175 Views
Published
PETALING JAYA 15 OKT: Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar parti dan menyertai KEADILAN.
Perkara itu diumumkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media yang turut dihadiri barisan kepimpinan tertinggi parti itu.
saifudin masuk pkr
Wan Azizah berkata penyertaan Saifuddin diharap dapat memperkukuhkan KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat.
“Penyertaan beliau sudah tentu akan memperkukuhkan usaha KEADILAN untuk menggembleng perpaduan dan kekuatan rakyat demi perubahan dan pembaharuan.
“Penyertaan beliau juga bertetapan dengan strategi KEADILAN untuk memberi fokus kepada isu-isu masyarakat Melayu dan bumiputera agar kebajikan mereka terbela,”
“Saya bersyukur dengan kehadiran Dato Saifuddin Abdullah yang akan dapat bersama-sama mendepani isu-isu melayu bumiputera ini dengan pimpinan KEADILAN
lain,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN
Wan Azizah berkata, kecelaruan kepimpinan Umno menyebabkan pemimpinnya dan parti komponen BN bukan sahaja hilang kepercayaan kepada kepimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, malah meninggal parti itu.
“Persepsi wujudnya tangan eksekutif yang menghalang ketulusan dalam siasatan terhadap skandal kewangan 1MDB semakin menghakis keyakinan terhadap Perdana Menteri dan Umno,” katanya.
Tambahnya , Saifuddin juga akan memainkan banyak peranan dalam KEADILAN berikutan pengalamannya terdahulu, terutamanya melibatkan golongan muda.
Antaranya, peranan Saifuddin sebagai Pemimpin Gerakan Moderat Global yang mempunyai jaringan kuat dengan NGO.
“Jaringan tersebut meliputi pelajar dan generasi muda kerana penglibatan beliau yang meluas dan lama dalam pergerakan pelajar dan belia,” kata Wan Azizah.
Wan Azizah juga turut yakin Saifuddin dapat memainkan peranan strategik dalam Pakatan Harapan bagi memastikan gabungan baru ini menumpukan kepada gagasan idea baru untuk rakyat Malaysia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment