Viu membuka tirai 2023 dengan siri Viu Original terbaru berjudul Nenek Bongkok Tiga menampilkan pelakon-pelakon berbakat yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim, selepas kejayaan besar beliau dalam siri Seribu Nina dan She Was Pretty pada tahun 2022, Nenek Bongkok Tiga akan menjadi siri Viu Original pertama dengan siri jelajah di dua negara.
Penggambaran Nenek Bongkok Tiga ini mengambil masa 10 minggu di pelbagai lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor. Siri ini mengetengahkan banyak hasil kerja skrin hijau, yang diambil di Iskandar Malaysia Studios di Johor dan beberapa set penggambaran yang dibina sendiri untuk mewujudkan gambaran luar biasa dalam dunia fantasi Nenek Bongkok Tiga.
Siri ini membawakan semula pengarah Yusry Abdul Halim dan penerbit Zurina Ramli, yang sebelum ini menghasilkan siri adaptasi She Was Pretty untuk Viu Malaysia, yang memenangi dua anugerah kebangsaan di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2022.
Nenek Bongkok Tiga mengetengahkan orang baru dan lama dalam bidang lakonan di negara ini, termasuklah Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Rykarl Iskandar dan ikon lakonan diminati ramai Sherie Merlis dan Datin Sofia Jane.
RINGKASAN CERITA DAN MAKLUMAT PELAKON
Dalam kisah fantasi seram ini, lapan orang telah diculik dan dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di Hutan Bukit Luruh, yang cukup dikenali sebagai lokasi orang hilang. Satu-satunya penghuni rumah agam tersebut, Nenek menuduh sekumpulan ini menceroboh kawasan yang dimiliki oleh satu entiti yang dikenali sebagai Tuan Tanah. Untuk keluar daripada rumah agam tersebut, mereka perlu melakukan beberapa cabaran. Pada awalnya, kumpulan ini saling bekerjasama, tetapi cabaran yang ditetapkan oleh Tuan Tanah misteri kemudiannya memaksa mereka untuk mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup. Sedikit demi sedikit, misteri Bukit Luruh mula terungkai, dan niat tersembunyi Nenek didedahkan.
Hun Haqeem memegang watak Zamir, seorang pendaki yang menyalahkan diri sendiri atas kehilangan adiknya, Zaid di hutan misteri Bukit Luruh. Hun cukup dikenali dengan pelbagai watak dalam drama seperti Cari Aku Di Syurga, Kampung People, Sihir dan telefilem Tentang Alif. Beliau juga merupakan salah seorang pengacara Gempak di Astro Ria.
Turut membintangi siri ini ialah Meerqeen, yang memegang watak Adi, seorang penyendiri yang mempunyai cip di bahu disebabkan insiden ketika zaman kanak-kanaknya. Setelah memainkan watak hebat dalam drama Angkara Cinta pada tahun 2020, Meerqeen semakin dikenali dalam drama-drama tempatan seperti Me Senorita, Melur Untuk Firdaus, drama Indonesia Modus Operandi, dan siri realiti Viu, Runaway in Seoul. Selain daripada berlakon, Meerqeen juga telah mengeluarkan lagu bertajuk Menunggu pada tahun 2021.
Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!
???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ
❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey
MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe
EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]
MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc

Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment