Write For Us

Dua beradik maut, 7 cedera dalam nahas awal pagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Kepulangan enam sekeluarga dari berniaga dari bandar Kota Tinggi dekat Johor Bahru berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 37, Jalan Johor Bahru-Mersing, berhadapan persimpangan Tai Hong, awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kedua-dua mangsa, Nursyahirah Mohamed, 23, dan adiknya Nurhayati, 10, maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan badan.
Bapa Nursyahirah, Mohamed Muhamed Noh, 50, bersama ibunya, Fatimah Abd Wahid, 47, serta dua lagi adik perempuannya, sekadar cedera ringan dan dirawat di Hospital Kota Tinggi, katanya ketika dihubungi hari ini.
Kejadian kira-kira jam 1.36 pagi itu turut mengakibatkan kecederaan kepada tiga lagi pemandu serta penumpang kenderaan lain.
Menurut Rahmat, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki ke arah Kota Tinggi, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta jenis Perodua Kancil
dipandu Nursyahirah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment