Write For Us

Dua gambar Anwar sempena Hari Ibu timbulkan persolan warga maya

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
19 Views
Published
Warga maya tertanya dan cuba meneka mesej yang cuba disampaikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dua keping gambarnya memeluk Allahyarham ibu dan isteri tercinta.

Bersempena sambutan Hari Ibu semalam, Anwar turut menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu khususnya kepada Allahyarham ibunya, Che Yan Hamid Hussein, dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar menzahirkan ucapan terima kasih atas segala  pengorbanan, penat lelah dan nasihat yang tidak putus-putus diberikan oleh seorang ibu demi kasih sayang  kepada anak-anak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment