Write For Us

DUA KALI KEGUGURAN, UQASHA SENROSE TAK SEDAR RUPANYA MENGANDUNG

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
36 Views
Published
Masih belum ada rezeki, pelakon popular, Uqasha Senrose mengesahkan sudah dua kali mengalami keguguran pada tahun lalu.
Menurut Uqasha, 31, kali pertama dia mengalami keguguran ialah ketika menunaikan umrah pada awal 2022, manakala kali kedua pula sekitar November tahun sama.
“Keguguran yang pertama ialah ketika saya tunaikan umrah awal tahun lalu.
“Pada waktu itu, saya sedang datang bulan yang sudah berlanjutan selama sebulan dan darah keluar dengan sangat banyak tetapi saya diamkan sahaja tanpa melakukan sebarang pemeriksaan doktor,” katanya kepada Kosmo! Online pada Majlis Tayangan Program Ramadan Astro 2023, di sini hari ini.
Berkongsi mengenai keguguran kedua, isteri kepada aktor Kamal Adli berkenaan memberitahu usia kandungannya ketika itu dua bulan.
“Kemudian saya datang bulan sekali lagi pada November lalu dan dalam tempoh yang lama serta rasa sakit pinggang teruk. Mungkin sudah terkumpul (darah) sejak saya tunaikan umrah.
“Pelik sebab saya tak pernah senggugut dan sakit sangat. Seterusnya saya lakukan pemeriksaan di hospital.
“Doktor minta buat ujian kehamilan dan keputusannya adalah hamil cuma kandungan ketika itu memang sudah tiada. Usia kandungan saya ketika itu dua bulan,” katanya lagi.
Sementara itu, dia juga perlu menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan darah beku kerana dikhuatiri akan memberi kesan untuk kehamilan seterusnya.
Ditanya mengenai perancangan hamil selepas ini, bintang drama Setelah Terlafaznya Akad itu perlu menangguhkan hasrat tersebut kerana kekangan jadual kerja sehingga Ogos depan.
“Siapa yang tak nak cahaya mata sendiri tetapi saya tangguh dulu kerana jadual kerja sangat padat.
“Cuma sekarang ini rasa lega sebab akhirnya tahu yang saya boleh mengandung. Buat masa ini mungkin belum ada lagi rezeki saya dan Kamal,” ujarnya.
Sekadar info, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

???? ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: https://instagram.com/budiey
□ Twitter: http://twitter.com/budiey
□ Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
□ Youtube: http://youtube.com/budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
□ https://www.patreon.com/budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment