Write For Us

Dua Ketua Polis Daerah di Melaka direman 6 hari

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
177 Views
Published
Tiga pegawai polis termasuk dua Ketua Polis Daerah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan kes rasuah di Melaka, petang ini.
Mereka direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Muhamad Safuan Azhar selepas membenarkan permohonan SPRM.
Mereka direman bermula hari ini hingga 22 Mei ini bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Semalam, SPRM menahan tiga pegawai polis dan tiga orang awam di sekitar Melaka selepas dipercayai terbabit rasuah.
Antara yang ditahan, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Ketua Polis Daerah Jasin dan seorang pegawai kanan polis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment