Write For Us

Dua kumpulan MyPPP adakan AGM berasingan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
70 Views
Published
Kemelut yang melanda parti MyPPP masih tiada kesudahan apabila dua puak kumpulan akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara serentak pada hujung minggu ini.
Kumpulan pertama, yang dipimpin oleh pemangku presiden Datuk Maglin Dennis D'Cruz, mengadakan AGM di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini.
Manakala pesaing D'Cruz, Tan Sri M Kavyeas, menegaskan bahawa beliau masih presiden parti yang sah, dan akan mengadakan AGM di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur esok hari.
D'Cruz memberitahu pemberita bahawa ahli parti telah bertemu dengan pegawai Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Khamis lepas dan secara lisan diberitahu supaya meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan AGM hari ini.
Kavyeas juga sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa AGM MyPPP esok akan membuat keputusan tentang keanggotaan berterusan parti dalam BN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment