Write For Us

Dua program baharu bantu PKS berkembang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
SME Corporation Malaysia (SME Corp) memperkenalkan dua program baharu, SME Go Global dan SME Co-Investment Partner (SCIP) bagi meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
SME Go Global adalah bagi meningkatkan sumbangan eksport PKS, manakala SCIP adalah program pembiayaan berimpak tinggi, kesinambungan dari SME Investment Partner (SIP) yang diperkenalkan tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Noor Azmi Mat Said, berkata SME Go Global adalah program bagi menggalak dan membantu PKS yang sedia menembusi pasaran eksport mengembangkan lagi pasaran.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran SME Go Global dan SME Co-Investment Partner (SCIP) pada 30 Januari.
Majlis dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment