Write For Us

Duit SRC 'sangkut' di bank BSI, kata menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Wang pelaburan syarikat Kementerian Kewangan SRC International tidak dapat dikeluarkan dari Bank BSI selepas bank Switzerland itu berdepan siasatan berkaitan 1MDB, kata Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani.
“Kebanyakan wangnya yang dilabur, mereka letak di Bank BSI.
“Oleh kerana Bank BSI sedang disiasat, saya diberitahu oleh pengurusan SRC bahawa wang itu berada di BSI Bank tetapi dibeku dan oleh itu mereka tidak dapat ambil balik.
“Tetapi saya tidak dapat beri kamu perincian lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama dalam Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia ke-21 di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengulas soalan berkaitan rancangan SRC untuk membayar faedah tahunan kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
SRC meminjam RM4 bilion daripada tabung itu.
Johari berkata mereka mempunyai rancangan untuk membayar faedah itu tetapi enggan mendedahkan maklumat lanjut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment