Write For Us

'Dulu kita boleh tidur masjid, markas tak ada rungutan tetapi sekarang...'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi memberi teguran tajam kepada segelintir perwakilan yang merungut tentang hal yang disifatkan sebagai remeh-temeh ketika konvensyen, termasuk bilik hotel yang terlalu kecil.
Asmuni berkata beliau hairan bagaimana rungutan seperti itu boleh timbul, termasuk menyifatkan penganjur konvensyen di Ipoh itu sebagai "teruk" (lousy).
Beliau berkata perkara itu tidak pernah berlaku ketika Amanah masih menjadi pembangkang.
"Saya pelik, dulu kita boleh tidur di masjid, markas, tetapi sekarang apabila sudah ada jawatan, tidur di hotel pun (boleh) kata bilik kecil," katanya ketika berucap di Konvensyen Amanah 2018 hari ini.
Asmuni yang juga Adun Manjoi berkata pihak berkenaan tidak sepatutnya menyalahkan jawatankuasa penganjur berhubung bilik hotel memandangkan perwakilan sudah diberi senarai hotel untuk dipilih.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment