Persiapan sudah dibuat sebaik mungkin dan debaran menanti tarikh untuk diijab kabul semakin hampir.
Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh PRK Cameron Highlands akan diadakan, ketika itulah kegembiraan Syazleen Anisa Misria Norzihan tiba-tiba bertukar menjadi panik.
Masalah dihadapi Syazleen ialah, dewan yang ditempah untuk meraikan detik termanis dalam hidupnya itu adalah lokasi sama dipilih SPR untuk menjadi pusat pengundian bagi PRK berkenaan, dan kedua-dua program itu jatuh pada tarikh yang sama.
Premis yang ditempah itu ialah dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah.
Namun mujur juga kebimbangan Syazleen, 26, tidak berpanjangan apabila keluhannya yang dipaparkan di media sosial dapat menarik perhatian SPR.
Selepas komunikasi secara langsung berlaku di antara SPR dan pengantin, penyelesaian pun dicapailah.
Majlis pernikahan dan kenduri pasangan Syazleen dan Muhamad Harith itu diawalkan seminggu.
Dihadiri ramai orang
Hari ini mereka disatukan dalam majlis yang turut dihadiri beberapa pemimpin parti politik.
Bapa pengantin perempuan Norzihan Rijaludin berkata dia memang terkejut dengan pengumuman SPR yang menetapkan 26 Jan sebagai hari mengundi.
Katanya tarikh itu bersamaan dengan hari dia mengadakan kenduri perkahwinan Syazleen.
"Tapi selepas berbincang dengan SPR, mereka memberi lampu hijau (untuk mengadakan kenduri) seminggu lebih awal.
"Ia memang membantu kami walaupun ada beberapa kesulitan dan kami temui penyelesaian," katanya.
Norzihan juga gembira apabila majlis tersebut dihadiri ramai rakan, kenalan dan saudara-mara dari seluruh negara.
Antara pemimpin parti politik yang hadir ialah calon PH untuk PRK Cameron Highlands, M Manogaran dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment