Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak mengelirukan rakyat mengenai dirinya.
Tengku Adnan berkata sekitar tahun 1980-an beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan tersenarai antara individu terkaya di Malaysia sehingga berita mengenainya dilaporkan oleh majalah Malaysian Investor dan Malaysian Digest.
“Ketika tahun 1980-an buka buku Malaysian investor atau Malaysian digest lihat siapa Tengku Adnan. Salah satu orang kaya dalam negara, anda periksa.
“Sebab itu pembangkang cakap bukan-bukan saya marah mereka tak tahu siapa saya, jangan cakap. jangan kelirukan rakyat tentang saya. apa yang berlaku pada saya hari ini saya bersyukur kepada Allah,” kata Tengku Adnan dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Nadi Negara di PWTC hari ini.
Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan bagaimanapun tidak menjelaskan secara khusus bentuk kekeliruan yang dibuat oleh pembangkang terhadapnya.
Ku Nan juga menceritakan mengenai gaya hidupnya sebelum menyertai Umno sehinggalah mendapat hidayah daripada Allah.
“Dahulu, saya hidup berpoya-poya sana sini, kapal terbang sendiri, kapal layar ada, semua ada. Nak makan dimana? Hongkong? Singapura? Hidup berpoya-poya.
“Tapi Allah sayang saya. Pada akhir 1998, saya teringat dipanggil jadi Setiausaha Kerja Umno. Saya beritahu Presiden saya, yang saya akan berkhidmat selama enam bulan kemudian mahu kembali ke dunia korporat. tetapi dari November 1998 sampai ke hari ini saya jadi begini,” katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment