Write For Us

Dulu tentang Tun M, sekarang Ezam sah masuk BERSATU

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
197 Views
Published
Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor, kini sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Astro Awani melaporkan Ezam mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu bagi membincangkan penyertaannya ke dalam parti itu.
Mohamad Ezam, 49, sebelum ini lantang menentang pentadbiran Dr Mahathir sejak era reformasi pada 1998 selepas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipecat sebagai timbalan perdana menteri.
Beliau yang merupakan orang kanan kepada Anwar itu meninggalkan PKR dan menyertai UMNO pada Mei 2008 untuk bersama-sama berkempen menentang pembangkang.
Namun, baru-baru ini beliau memilih untuk keluar UMNO dengan alasan parti itu tidak lagi serius dalam perjuangan menentang rasuah.
Katanya, keputusan berkenaan dibuat bagi mempertahankan prinsip perjuangannya sekaligus melakukan perubahan di negara ini.
Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Anwar ketika pemimpin pembangkang terbabit berada dalam kerajaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment